Di dalam “Thobaqaat Syafie”, Imam as-Subki
menceritakan kisah perbincangan antara imam Ahmad dan imam Syafie tentang orang
yang meninggalkan solat.
Imam Syafie: wahai ahmad,
adakah kamu menganggap bahawa orang yang meniggalkan solat adalah kafir?
imam Ahmad: ya
Imam Syafie lagi: jika mereka
kafir, bagaimanakah cara untuk mereka menjadi muslim kembali?
Imam Ahmad: ucaplah kalimah syahadah
Imam Syafie: kalimah ini adalah
kalimah yang sentiasa mereka ucapkan sehingga mereka tidak pernah
meninggalkannya.
Imam Ahmad:jika begitu dirilah solat
Imam Syafie: bagaimana mereka
hendak menunaikan solat, sedangkan menurut kamu mereka telah kafir. Solat orang
kafir tidak sah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar